|
Post by abgK on Jan 1, 2006 17:12:09 GMT 8
Prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi di dalam direktori ini:
1. Anda perlulah sentiasa 'update' barangan anda samada telah dijual atau belum untuk melicinkan urusan jualbeli.
2. Barangan yang telah diiklan, akan dihapuskan (delete) setelah sebulan (30hari) dari tarikh ia diiklankan tanpa memberi notis.
3. Penjual juga hendaklah memberitahu kepada pihak moderator jika barangnya sudah dijual, supaya moderator boleh memadam posting jualbeli mereka disini.
4. Kepada 'geng jahat' baru yang ingin berurusan, sila perkenalkan diri anda dahulu di 'Sembang Members Intro'.
5. Sila berurusan dengan jujur. Pihak admin atau forum tidak bertanggungjawab diatas segala kejadian yang berlaku semasa urusan jual/beli.
6. Segala pendedahan rekod peribadi penjual mahupun pembeli seperti nombor akaun bank TIDAK DiGALAKKAN secara umum. Sekiranya anda ingin meneruskan urusan seperti ini, gunakan sistem pesanan peribadi (PM).
7. Dan kalau boleh, biarlah anda berduit hatta sekalipun untuk menyertai direktori ini.
AMARAN: Sekiranya berlaku penipuan, pihak pengurusan forum dapat mengenalpasti kedudukan anda menerusi nombor ip WALAUPUN anda menukar nickname. Jadi, jangan menipu dengan kami!!
Terima kasih! Selamat berurusan di sini.
|
|